Hubungan dengan negara China Kesultanan_Melayu_Melaka

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka mempunyai hubungan yang rapat dengan Dinasti Ming di negara China. Armada Ming berperanan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut.[6] Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.[7]

Berdasarkan Sulalatus Salatin, kerajaan ini merupakan kelanjutan daripada Kerajaan Melayu di Singapura yang mana serangan Jawa dan Siam kemudiannya menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[8] Sebagai balasan upeti yang diberikan, maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka.[9] Ada tercatat bahawa sehingga 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja China.[10]

Rujukan

WikiPedia: Kesultanan_Melayu_Melaka http://books.google.com/books?id=esnWJkYRCJ4C&pg=P... http://lostislamichistory.com/sultanate-of-malacca... http://malaysia-history.com/sultanate-melaka.html http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://sultan.perak.gov.my/pelbagai/salasilah.xls http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?... http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm http://web.archive.org/20090211133235/www.geocitie... http://web.archive.org/web/*/http://web.archive.or...